Daripada Perunding Hartanah Biasa kepada Ketua Pasukan: Ciri dan Kualiti yang Wajib Ada

TL;DR: Menjadi ketua pasukan hartanah bukan sekadar naik pangkat, tetapi satu transformasi minda daripada fokus kejayaan peribadi kepada pembangunan pasukan. Ketua memerlukan visi yang jelas, disiplin, integriti, komunikasi dua hala,dan kestabilan emosi. Ketua pasukan perlu menguasai kemahiran seperti menilai, melatih, mengurus prestasi dan menyelesaikan masalah. Elakkan merekrut terlalu ramai terlalu cepat atau mengambil alih semua kerja ahli. |
Ramai perunding hartanah bermula dengan matlamat yang sama, iaitu mendapatkan pelanggan, menutup jualan dan memperoleh komisen.
Namun, selepas beberapa tahun dalam industri, mungkin timbul satu persoalan:
Adakah sudah tiba masanya untuk membina pasukan sendiri?
Menjadi ketua pasukan bukan sekadar naik pangkat, tetapi memerlukan perubahan dari segi cara berfikir, kemahiran dan tanggungjawab.
Jadi, apakah ciri ketua pasukan hartanah yang berkesan dan kualiti yang perlu ada sebelum mengambil langkah ini?
Intipati Utama:
- Kepimpinan memerlukan keinginan untuk membangunkan orang lain, bukan sekadar mencapai sasaran jualan peribadi.
- Ketua yang berkualiti memiliki visi yang jelas, disiplin, integriti, komunikasi dua hala,dan kestabilan emosi.
- Ketua perlu menguasai kemahiran menilai, melatih, pengurusan prestasi, dan penyelesaian konflik.
- Jangan merekrut terlalu ramai terlalu cepat, tetapkan jangkaan awal, dan tidak selesaikan semua masalah ahli.
- Kejayaan ketua bergantung pada sistem latihan yang konsisten, mentor, dan pengurusan masa yang seimbang antara jualan dan kepimpinan.
Apa yang Perlu Anda Tahu untuk Menjadi Ketua Pasukan?
- 1. Adakah Semua Orang Sesuai Menjadi Ketua Pasukan?
- 2. Ciri-Ciri Ketua Pasukan Hartanah yang Berkesan
- 3. Kualiti yang Perlu Diubah Daripada Perunding Biasa
- 4. Kemahiran Baharu yang Perlu Dikuasai
- 5. Kesilapan Biasa yang Perlu Dielakkan
- 6. Cabaran dan Cara Mengatasinya
- 7. Kisah Ejen IQI Menjadi Seorang Leader
- Kesimpulan
- Soalan Lazim (FAQ)
1. Adakah Semua Orang Sesuai Menjadi Ketua Pasukan?

Tidak semua perunding hartanah perlu menjadi ketua pasukan, dan perkara itu bukan sesuatu yang negatif.
Ada perunding yang lebih selesa memberi tumpuan kepada jualan, membina hubungan dengan pelanggan dan meningkatkan prestasi individu.
Dalam sesetengah keadaan, perunding yang mempunyai prestasi jualan tinggi mungkin lebih memilih untuk kekal fokus kepada kekuatan tersebut.
Sebaliknya, kepimpinan lebih sesuai untuk individu yang mempunyai minat untuk membangunkan orang lain dan sanggup mengambil tanggungjawab yang lebih luas.
Sebelum mengambil langkah tersebut, cuba tanya diri sendiri:
- Adakah saya suka membantu orang lain belajar?
- Adakah saya mampu mendengar masalah ahli tanpa terus membuat andaian?
- Adakah saya boleh memberikan teguran secara profesional?
- Adakah saya sanggup bertanggungjawab apabila pasukan berdepan masalah?
- Adakah saya mampu mengekalkan prestasi sendiri sambil membimbing orang lain?
- Adakah saya lebih berminat membina pasukan untuk jangka panjang?
Jika jawapannya kebanyakannya ya, kepimpinan mungkin menjadi salah satu laluan yang boleh dipertimbangkan.
2. Ciri-Ciri Ketua Pasukan Hartanah yang Berkesan
Terdapat beberapa ciri yang membezakan ketua pasukan hartanah yang berkesan daripada yang sekadar memegang jawatan.
Ciri-ciri ini bukan bakat semula jadi semata-mata tetapi boleh dipelajari, dilatih dan diperbaiki dari semasa ke semasa.
Ciri-ciri | Penerangan |
|---|---|
Mempunyai visi yang jelas | Ketua pasukan perlu tahu ke mana pasukannya hendak dibawa, bukan sekadar sasaran jualan, tetapi juga budaya kerja dan standard prestasi. |
Disiplin diri yang tinggi | Ahli pasukan akan melihat cara ketua mengurus masa, pelanggan dan tanggungjawab.Jika ketua menetapkan standard tertentu, dia juga perlu menunjukkan contoh melalui tindakan sendiri. |
Mampu berkomunikasi secara dua hala | Kepimpinan bukan hanya memberi arahan. Ketua perlu mendengar masalah ahli dan memberi maklum balas yang sesuai. Komunikasi dua hala juga membantu mengenal pasti masalah lebih awal sebelum menjejaskan prestasi pasukan. |
Mempunyai kestabilan emosi | Dalam jualan hartanah, tidak semua prospek akan menjadi pelanggan dan tidak semua ahli pasukan akan mencapai sasaran pada masa yang sama.Ketua perlu mengawal keadaan ini secara profesional. Kejayaan perlu diraikan, manakala kegagalan perlu dijadikan ruang untuk mengenal pasti perkara yang boleh diperbaiki. |
Menjaga integriti | Kepercayaan adalah asas. Ketua perlu menepati janji dan bertindak selari dengan standard yang ditetapkan. |
Berani membuat keputusan | Seorang ketua perlu membuat keputusan walaupun keputusan tersebut tidak semestinya mudah.Ini termasuk memberikan teguran apabila diperlukan dan membuat keputusan berkaitan ahli pasukan yang tidak lagi sesuai dengan hala tuju pasukan. |
Ciri-ciri ini sangat penting yang perlu ada pada setiap ketua pasukan yang ingin membina pasukan yang mampan.
Sudah bersedia untuk mengembangkan kerjaya dalam bidang hartanah?Terokai peluang untuk membina kerjaya dan pasukan anda bersama IQI.
3. Kualiti yang Perlu Diubah Daripada Perunding Biasa
Peralihan kepada ketua pasukan memerlukan perubahan daripada beberapa aspek.

a) Daripada “Saya” kepada “Kami”
Sebagai perunding, anda mungkin memikirkan sasaran jualan dan komisen sendiri.
Sebagai ketua, prestasi pasukan turut menjadi tanggungjawab anda.
Ini bermakna anda perlu mula melihat kejayaan secara kolektif, bukan hanya berdasarkan pencapaian individu.

b) Daripada “Buat Sendiri” kepada “Ajar Orang Lain”
Seorang perunding yang berpengalaman mungkin boleh melakukan sesuatu dengan cepat kerana sudah biasa.
Namun, jika setiap masalah perlu diselesaikan oleh ketua, pasukan akan menjadi terlalu bergantung kepadanya.
Ketua yang berkesan bukan sekadar menunjukkan cara melakukan sesuatu. Mereka membantu ahli memahami proses supaya ahli akhirnya mampu melakukannya sendiri.

c) Daripada Jualan Jangka Pendek kepada Pembangunan Jangka Panjang
Perunding mungkin fokus kepada closing bulan ini.
Ketua pasukan perlu melihat perkembangan ahli untuk tempoh yang lebih panjang. Ahli baharu mungkin belum menghasilkan prestasi tinggi pada bulan pertama, tetapi dengan latihan dan bimbingan yang konsisten, mereka boleh berkembang dari masa ke masa.

d) Daripada Persaingan kepada Kerjasama
Apabila bekerja dalam pasukan, persaingan dalaman yang tidak sihat boleh menjejaskan budaya kerja.
Ketua perlu membina suasana yang menggalakkan perkongsian ilmu, sokongan dan kerjasama. Pengalaman seorang ahli boleh menjadi pembelajaran kepada ahli yang lain.

e) Daripada Menunggu Arahan kepada Memberi Hala Tuju
Perunding mungkin menerima arahan daripada pihak pengurusan.
Sebagai ketua pasukan, anda pula perlu membantu ahli memahami apa yang perlu dilakukan, menetapkan standard dan memastikan mereka mempunyai hala tuju yang jelas.
4. Kemahiran Baharu yang Perlu Dikuasai

Kepimpinan memerlukan kemahiran yang mungkin tidak banyak digunakan ketika menjadi perunding biasa.
Kemahiran menilai merupakan salah satunya. Ketua perlu mengenal pasti individu yang sesuai dengan pasukan, bukan sekadar merekrut sebanyak mungkin orang.
Latihan dan bimbingan juga penting. Ketua boleh menggunakan sesi mingguan, role-play dan latihan asas untuk membantu ahli meningkatkan kemahiran.
Seterusnya ialah pengurusan prestasi. Sasaran dan KPI perlu jelas supaya ahli tahu apa yang perlu dicapai. Pada masa sama, maklum balas perlu diberikan secara berkala.
Ketua juga memerlukan kemahiran mengurus konflik dan emosi. Perbezaan pendapat dalam pasukan tidak dapat dielakkan, tetapi cara konflik tersebut dikendalikan boleh menentukan kesannya terhadap pasukan.
Adakah anda baru bermula sebagai perunding hartanah?Baca lebih lanjut tentang kemahiran menjadi REN yang perlu anda miliki.
5. Kesilapan Biasa yang Perlu Dielakkan

Menjadi ketua pasukan buat kali pertama boleh membawa beberapa cabaran. Antara kesilapan yang perlu dielakkan ialah:
1. Merekrut Terlalu Ramai Terlalu Cepat
Mempunyai pasukan yang besar tidak semestinya bermakna pasukan tersebut produktif.
Lebih penting untuk memastikan jumlah ahli yang ada mampu diberikan latihan, bimbingan dan perhatian yang mencukupi.
2. Tidak Menetapkan Jangkaan Dari Awal
Ahli pasukan perlu mengetahui sasaran, tanggungjawab dan standard kerja sejak awal.
Tanpa jangkaan yang jelas, salah faham lebih mudah berlaku.
3. Terlalu Banyak Melakukan Kerja Untuk Ahli
Membantu ahli tidak bermaksud ketua perlu menyelesaikan semua masalah mereka.
Jika terlalu banyak mengambil alih, ahli mungkin tidak berpeluang membina keyakinan dan kemahiran sendiri.
4. Menganggap Semua Ahli Perlu Dibimbing Dengan Cara Sama
Setiap individu mempunyai tahap pengalaman dan cara pembelajaran yang berbeza.
Pendekatan yang sesuai untuk seorang ahli mungkin tidak sesuai untuk ahli yang lain.
5. Mengabaikan Prestasi Diri
Walaupun sudah menjadi ketua, perunding masih perlu mengurus prestasi sendiri, khususnya pada peringkat awal membina pasukan.
Pengurusan masa antara jualan, latihan dan kepimpinan menjadi semakin penting.
6. Cabaran dan Cara Mengatasinya
Antara cabaran yang mungkin berlaku ialah ahli pasukan tidak mencapai sasaran, ada ahli yang berhenti, berlaku konflik dalaman atau prestasi jualan peribadi mula terjejas kerana terlalu banyak masa digunakan untuk mengurus pasukan.
Apabila berdepan situasi ini, ketua perlu kembali kepada asas.
- Kenal pasti punca masalah. Jangan terus membuat kesimpulan sebelum memahami apa yang berlaku.
- Tetapkan jangkaan yang jelas. Ahli perlu tahu apa yang diharapkan daripada mereka.
- Bina sistem yang boleh diulang. Latihan dan proses kerja tidak sepatutnya bergantung kepada arahan spontan setiap kali masalah berlaku.
- Belajar daripada mentor. Ketua baharu juga memerlukan seseorang untuk dirujuk dan mendapatkan perspektif.
- Bahagikan masa dengan baik. Tetapkan masa khusus untuk jualan peribadi dan masa untuk mengurus serta membimbing pasukan.
Paling penting, jangan menganggap cabaran sebagai tanda bahawa anda tidak sesuai menjadi ketua. Sebaliknya, gunakan pengalaman tersebut untuk melihat aspek kepimpinan yang masih perlu diperbaiki.
7. Kisah Ejen IQI Menjadi Seorang Leader
Di sebalik setiap pasukan yang berkembang, terdapat perjalanan seorang individu yang pernah bermula sebagai perunding biasa.
1.Dulu Tiada Support System, Kini Bina Team Tanpa Batas
View this post on Instagram
A post shared by Life At IQI by IQI Global (@lifeatiqi)
Sabri, yang lebih mesra dipanggil Bang Bro, sudah berkecimpung dalam industri hartanah selama sepuluh tahun. Sepanjang tempoh itu, beliau melalui pelbagai fasa sebagai perunding hartanah biasa.
Yang dulunya tiada “support system” tetapi selepas 6 tahun dengan IQI, beliau mampu mengakses lebih banyak listing dan merekrut lebih ramai ejen terutamanya ejen bumiputera di Sarawak.
Dengan sistem kerja IQI yang lebih digital, tugasnya sebagai ketua kumpulan menjadi mudah dan mampu membuat impak yang besar bersama-sama dengan pasukannya.
2. Daripada Seorang Pembantu Peribadi Korporat kepada Membina Lebih 1600 Orang Rangkaian Ejen
View this post on Instagram
A post shared by Life At IQI by IQI Global (@lifeatiqi)
Perjalanan Tiffany dalam industri hartanah bermula selepas beliau meninggalkan kerjaya sebagai pembantu peribadi korporat untuk menceburi bidang sebagai perunding hartanah.
Selepas menyertai IQI, beliau terus membina pengalaman dan mengembangkan kerjayanya sehingga menjadi ketua kumpulan setelah lapan tahun bersama IQI Sabah.
Antara pencapaian terbesar beliau adalah berjaya membina rangkaian seramai 1,600 ejen dalam pasukannya, menunjukkan skala kepimpinan yang dibina yang kemudian mendorong kepada365 jualan ditutup tahun lepas.
View this post on Instagram
A post shared by IQI (@iqiglobal)
3. Daripada Seorang Chef Kepada Ketua Pasukan
Bermula dengan latar belakang sebagai ketua chef, Daniel mengambil keputusan untuk mencuba sesuatu yang baharu demi mencari peluang menjana pendapatan yang lebih baik.
Langkah itu akhirnya membawanya untuk menyertai IQI.
Selepas enam tahun bersama IQI, usaha dan kesungguhannya mula membuahkan hasil.
Bukan sahaja beliau berjaya membeli kereta untuk ibu bapanya dan membawa mereka melancong ke pelbagai negara, Daniel turut berkembang daripada seorang ejen kepada ketua pasukan yang membimbing lebih ramai perunding hartanah.
Kesimpulan

Menjadi ketua pasukan hartanah memerlukan lebih daripada pengalaman menjual, malah perlu bersedia untuk mendengar, membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap perkembangan pasukan.
Perubahan utama terletak pada cara berfikir, daripada mengejar pencapaian peribadi kepada membina kejayaan bersama.
Walaupun tidak semua perunding perlu menjadi ketua pasukan, mereka yang berminat membimbing orang lain dan membina pasukan boleh mempertimbangkan kepimpinan sebagai langkah seterusnya.
Apa jua latar belakang dan pengalaman anda, IQI sentiasa membuka peluang untuk meneroka dan membina kerjaya hartanah. Sertai kami sekarang!
[custom_blog_recruit_form]
Soalan Lazim (FAQ)
1. Apakah ciri paling penting yang perlu ada pada ketua pasukan hartanah?
Antara ciri penting ialah visi yang jelas, disiplin diri, komunikasi dua hala, integriti, kestabilan emosi dan keupayaan membuat keputusan.
2. Bilakah masa yang tepat untuk menjadi ketua pasukan hartanah?
Masa yang tepat apabila kamu mampu menggunakan pengalaman, kemahiran, matlamat kerjaya dan kesediaan untuk membimbing orang lain.
3. Berapa ramai ahli pasukan yang perlu saya rekrut dahulu?
Tiada jumlah khusus yang dinyatakan dalam panduan ini. Lebih penting untuk memastikan anda mempunyai sistem latihan, pemantauan dan bimbingan yang mampu menyokong ahli yang direkrut.
4. Adakah saya perlu berhenti menjual sendiri apabila menjadi ketua pasukan?
Tidak semestinya. Pada peringkat awal, ketua pasukan masih boleh meneruskan jualan peribadi sambil membina dan mengurus pasukan.
5. Bagaimana struktur komisen ketua pasukan hartanah di Malaysia?
Struktur bergantung pada agensi dan boleh merangkumi komisen peribadi, overriding pasukan, bonus rekrutmen dan insentif kepimpinan.
Baca Selanjutnya:
Bersedia untuk Mencari Hartanah Sempurna Anda?
IQI Global memahami pasaran hartanah dengan mendalam. Kami bukan sekadar ejen — kami adalah pemandu yang membantu anda memahami potensi pelaburan, manfaat gaya hidup, dan nilai jangka panjang.
Dapatkan Maklumat Eksklusif
Langgan e-mel kami untuk mengetahui tentang pandangan pasaran terkini, berita dan trend hartanah.
Bersedia untuk Mencari Hartanah Sempurna Anda?
IQI Global memahami pasaran hartanah dengan mendalam. Kami bukan sekadar ejen — kami adalah pemandu yang membantu anda memahami potensi pelaburan, manfaat gaya hidup, dan nilai jangka panjang.



