Pelaburan Menguntungkan di Malaysia! – No. 5 Paling Popular

04/12/2025
4 min baca

Version: EN, CN

Hai, bakal pelabur! Adakah anda berasa tertekan dengan pilihan pelaburan yang tidak berkesudahan dan tak pasti nak mula dari mana?

Anda tidak keseorangan. Ramai rakyat Malaysia menghadapi cabaran yang sama, terutama generasi muda untuk mencari pelaburan yang seimbang antara risiko dan ganjaran.

“Untung ke kalau aku melabur kat sini”? “Tak rugi ke”? Itu adalah antara persoalan yang sentiasa timbul setiap kali ingin membuat pelaburan terbaik untuk sesuatu perkara.

Jangan risau, kami akan kongsikan 5 jenis pelaburan menguntungkan di Malaysia yang boleh membantu anda mencapai matlamat kewangan anda!

Jenis Pelaburan di Malaysia

Ucapkan selamat tinggal kepada kekeliruan dan hello kepada pelaburan yang bijak!

1. Pelaburan Simpanan Tetap (Fixed Deposit)

pelaburan menguntungkan di malaysia pelaburan simpanan tetap

Selamat datang ke dunia Pelaburan Simpanan Tetap! Mari kita jelaskan dengan cara yang mudah difahami dan seronok dibaca.

Apa Itu Simpanan Tetap? Simpanan Tetap (Fixed Deposit) adalah pelaburan di mana anda mendepositkan wang di bank untuk tempoh masa tertentu, seperti 1 tahun, dan mendapat faedah tetap.

Contohnya, jika anda menyimpan RM10,000 dengan kadar faedah 2%, anda akan mendapat RM200 pada akhir tahun.

Kebaikan dan kekurangan pelaburan simpanan tetap:

Aspek

Kebaikan

Kekurangan

Risiko

Risiko rendah kerana faedah dijamin oleh bank

Pulangan tidak cukup tinggi untuk mengatasi inflasi

Pulangan

Pulangan tetap yang boleh dijangka

Tidak ada potensi untuk pulangan yang lebih tinggi

Insurans

Dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga RM250,000

Tidak ada insurans untuk jumlah melebihi RM250,000

Kemudahan

Mudah untuk diurus dan difahami

Tidak fleksibel kerana wang terkunci untuk tempoh tertentu

2. Pelaburan Saham & Bursa Malaysia

Pernah terfikir bagaimana anda boleh menjadi pemilik daripada sebahagian syarikat kegemaran anda? Dengan pelaburan saham, anda boleh!

Bursa Malaysia ibarat pasar besar untuk jual beli saham di Malaysia. Sebagai pengawal selia utama pasaran modal Malaysia, Bursa memastikan pelabur dilindungi menerusi sekuriti fasilitinya.

Semak sama ada syarikat kegemaran anda tersenarai dalam Bursa Malaysia.

Beli saham, jadi pemilik kecil syarikat, dan nikmati keuntungan melalui dividen dan kenaikan nilai saham.

Sudah tentu, setiap pengembaraan mempunyai risikonya. Pasaran saham boleh menjadi seperti rollercoaster ada naik, ada turunnya. Ini semua berdasarkan prestasi syarikat dan keadaan pasaran keseluruhan. 

Antara syarikat yang selalu menawarkan jual beli saham adalah seperti syarikat teknologi, bank dan telco yang stabil.

Generasi muda lebih gemar melabur melalui cara ini kerana trendnya mudah dipantau melalui aplikasi dan boleh mula dengan modal yang sedikit.

Contohnya, beli 100 saham pada harga RM10 setiap satu. Jika harga naik ke RM15, anda dapat keuntungan RM500! Untung kan!

Kelebihan dan kekurangan pelaburan saham:

Kelebihan

Kekurangan

Pulangan lebih tinggi berbanding pelaburan lain

Harga saham boleh turun naik dengan ketara, menyebabkan kerugian besar

Saham mudah dibeli dan dijual

Pulangan bergantung kepada prestasi syarikat dan keadaan pasaran

Banyak syarikat membayar dividen kepada pemegang saham, memberikan pendapatan pasif

Memerlukan pengetahuan tentang pasaran saham dan analisis syarikat

Bagi Bumiputera pula, Amanah Saham Bumiputera (ASB) ialah pelaburan yang stabil dengan risiko rendah, menawarkan pulangan konsisten setiap tahun serta fleksibel untuk dikeluarkan bila-bila masa.

Anak muda juga boleh pertimbangkan ASB Financing supaya dividen berganda dan simpanan lebih berkembang laju.

3. KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah salah satu platform pelaburan menguntungkan di Malaysia dan yang paling popular. Tujuannya untuk bantu pekerja menyimpan wang untuk persaraan.

Ahli KWSP boleh pindahkan sebahagian simpanan mereka untuk dilabur dalam pelbagai instrumen kewangan melalui Skim Pelaburan Ahli (SPA).

Kelebihan Pelaburan KWSP: 1. Pulangan Stabil: Dividen sekitar 6-8% setahun 2. Pengurusan Profesional: Dana diuruskan oleh pakar kewangan yang berpengalaman 3. Pengecualian Cukai: Caruman layak untuk pengecualian cukai pendapatan sehingga RM4,000 setahun.

Kekurangan Pelaburan KWSP: 1. Kadar Dividen Berubah: Pulangan dividen boleh berubah mengikut keadaan ekonomi semasa 2. Kelayakan Minimum: Tidak semua ahli layak untuk melabur melalui Skim Pelaburan Ahli (SPA) 3. Pengeluaran Terhad: Hanya boleh dilakukan dalam jumlah tertentu dan tertakluk kepada syarat tertentu.

4. Pelaburan Emas

Pelaburan emas antara pelaburan menguntungkan di malaysia

Pelaburan emas telah lama dianggap sebagai salah satu bentuk pelaburan menguntungkan di Malaysia yang paling selamat dan stabil.

Emas bukan sahaja digunakan sebagai perhiasan, tetapi juga sebagai aset pelaburan yang boleh melindungi nilai kekayaan anda daripada inflasi dan ketidaktentuan ekonomi.

Kelebihan dan kekurangan pelaburan emas:

Kelebihan

Kekurangan

Tidak terkesan dengan kadar inflasi

Harga emas berubah-ubah, perlu memilih masa yang tepat untuk melabur

Mudah ditukar kepada wang tunai

Tiada pendapatan pasif seperti dividen atau faedah

Mempunyai nilai yang stabil dan sering meningkat

Jangka masa lebih lama

5. Pelaburan Hartanah

Harga hartanah akan meningkat dari semasa ke semasa disebabkan oleh populasi yang semakin meningkat dan sumber tanah yang terhad. Inilah mengapa ia menjadi pelaburan yang popular di Malaysia.

Ia melibatkan pembelian, pemilikan, pengurusan, penyewaan, dan penjualan hartanah untuk mendapatkan keuntungan.

Tahukah anda, pemilik rumah di Malaysia menikmati lonjakan nilai hartanah yang meningkat dengan luar biasa dengan purata sekitar 40% atau lebih RM136,716 dalam tempoh 10 tahun hingga 2023. IQI Global

Jadi jika anda jual hartanah anda beberapa tahun kemudian, harga akan semakin meningkat dibanding dengan harga yang dibeli dan sudah tentu dapat tambahan dalam pendapat anda. Menarik bukan?

Kelebihan dan kekurangan melabur dalam hartanah:

Kelebihan

Kekurangan

Menyewakan properti boleh meraih pendapatan pasif dan stabil.

Cabaran mengurus penyewa. Seperti masalah pembayaran sewa dan penyelenggaraan.

Nilai hartanah meningkat dari semasa ke semasa.

Berkemungkinan susah untuk mencari penyewa.

Melindungi nilai kekayaan anda daripada inflasi.

Memerlukan modal besar untuk pembelian dan penyelenggaraan.

Pelaburan di Malaysia menawarkan pelbagai peluang untuk mengembangkan kekayaan anda.

Dari simpanan tetap yang selamat hingga pelaburan hartanah yang berpotensi tinggi, setiap jenis pelaburan mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri.

Ingatlah, diversifikasi ialah kunci untuk mengurangkan risiko dan memastikan kestabilan kewangan. Jadi, jangan letakkan semua telur dalam satu bakul!

Peringatan! Anda haruslah membuat kaji selidik terlebih dahulu mengenai semua jenis pelaburan yang ada supaya anda dapat membuat keputusan yang bijak.

Jika anda ragu-ragu tentang maklumat hartanah yang anda terima, tanyakan kepada pakar untuk analisis dan cadangan. IQI adalah pilihan terbaik!

Dengan lebih 15,000 agensi hartanah di seluruh dunia, IQI menyediakan khidmat nasihat hartanah yang menyeluruh. Isi borang di bawah dan pakar perunding IQI akan menghubungi anda segera.

[hubspot portal="5699703" id="85ebae59-f425-419b-a59d-3531ad1df948" version="undefined" type="form"]

Baca Selanjutnya:

  1. 5 Cara Pelaburan Hartanah Yang Anda Perlu Tahu!
  2. Bank Manakah yang Mempunyai Kadar Faedah Simpanan Tetap Tertinggi? 
  3. Malaysia kini di Tangga Teratas antara Negara di Asia untuk Pelaburan Hartanah dalam Kalangan Pembeli Asing

Bersedia untuk Mencari Hartanah Sempurna Anda?

IQI Global memahami pasaran hartanah dengan mendalam. Kami bukan sekadar ejen — kami adalah pemandu yang membantu anda memahami potensi pelaburan, manfaat gaya hidup, dan nilai jangka panjang.

Pilih lokasi anda

Dapatkan Maklumat Eksklusif

Langgan e-mel kami untuk mengetahui tentang pandangan pasaran terkini, berita dan trend hartanah.

Kongsi blog

Langgan surat berita kami

Langgan e-mel kami untuk mengetahui tentang pandangan pasaran terkini, berita dan trend hartanah.