40% Kajian Menunjukkan Penceraian Terjadi Disebabkan Kewangan: Kenapa Penting Perbincangan Kewangan Sebelum Kahwin!

25/09/2025
7 min baca
perbincangan kewangan

Bila ditanya soal pasangan idaman, ramai yang akan mula membayangkan tentang pasangan ideal mereka seperti berkulit putih, tinggi, berjambang dan banyak lagi~

Tapi.. harini kita taknak cakap pasal tu! Macam mana kalau kita sentuh dari segi kewangan pula? Mungkin tentang perbincangan kewangan bersama pasangan sebelum berkahwin ke?

Ok, jom baca!

Intipati Utama:
  • Statistik terkini menunjukkan trend perkahwinan di Malaysia semakin menurun, manakala kadar perceraian berubah dengan ketara antara 2021–2023.
  • Isu kewangan dan kos sara hidup menjadi faktor besar yang mempengaruhi keputusan pasangan untuk berkahwin atau berpisah.
  • Punca perceraian utama banyak berkait dengan masalah kewangan, komunikasi, dan tekanan gaya hidup moden.
  • Perbincangan kewangan sebelum kahwin boleh membantu pasangan lebih bersedia dan mengelakkan konflik rumah tangga pada masa depan.

Fakta Kes Penceraian di Malaysia!

Sebelum tu, penting ke perbincangan kewangan sebelum berkahwin ni?

Statistik Perkahwinan dan Perceraian Malaysia 2023

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mendedahkan kadar perceraian terkini di Malaysia bagi tahun 2023. Dan keputusan menunjukkan peningkatan yang sangat ketara:

a) Statistik Penceraian 2021 - 2022

Kes penceraian berlaku peningkatan sebanyak ↑43.1% dari tahun 2021 ke 2022.

b) Statistik Perkahwinan 2021 - 2022

Manakala, statistik pekahwinan pula berlaku penurunan kecil sebanyak ↓ 0.5% dari tahun 2021 ke 2022.

Dari sini dapat kita rumuskan bahawa bilangan orang yang berkahwinberkurang pada tahun 2022, manakala bilangan pasangan yang bercerai meningkat.

Namun, data terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan perkembangan berbeza pada tahun 2023.

Setakat ini, statistik rasmi penuh bagi tahun 2024 masih belum diumumkan, maka angka tahun 2023 adalah rujukan terkini yang kita boleh gunakan.

c)Statistik Penceraian 2022 - 2023

Namun pada tahun 2023, bilangan kes penceraian mencatat penurunan sekitar ↓ 8.7% berbanding tahun 2022.

d) Statistik Perkahwinan 2022 - 2023

Pada tahun 2023, jumlah perkahwinan menurun dengan lebih ketara iaitu sekitar ↓ 12.4% berbanding tahun sebelumnya.

Menariknya, pada 2023 kadar perceraian turun, namun jumlah perkahwinan juga jatuh mendadak.

Adakah pasangan hari ini semakin takut untuk berkahwin kerana isu kewangan, atau sebenarnya rumah tangga yang ada kini lebih berhati-hati untuk bertahan?

Punca Dari Kebanyakan Kes Penceraian?

apakah punca kes penceraian

Dari segi punca pula terbahagi kepada 2, iaitu dari pandangan lelaki dan juga wanita. Di bawah adalah punca cerai bagi lelaki:

1. Ketidakfahaman: 56.2%daripada lelaki yang bercerai menyatakan bahawa ketidakfahaman daripada pasangan adalah punca utama. Ini menunjukkan pentingnya komunikasi dan pemahaman antara suami isteri.

2. Pengkhianatan: 11.8% daripada lelaki yang bercerai menyatakan pengkhianatan sebagai punca. Pengkhianatan dalam perkahwinan boleh merosakkan kepercayaan dan hubungan.

3. Gangguan dari Mertua: 10% daripada lelaki yang bercerai menghadapi gangguan daripada mertua. Hubungan dengan keluarga besar juga memainkan peranan penting dalam kestabilan perkahwinan.

Bagi wanita pula, punca cerai adalah seperti berikut:

1. Ketidakfahaman: 38% wanita menyatakan ketidakfahaman sebagai punca utama. Komunikasi yang baik adalah kunci untuk mengatasi masalah ini.

2. Pengkhianatan: 20.5% wanita menghadapi pengkhianatan dalam perkahwinan. Kepercayaan adalah asas hubungan yang kukuh.

3. Ketidakbertanggungjawaban: 15.2% wanita menyatakan ketidakbertanggungjawaban sebagai punca. Tanggungjawab bersama dalam perkahwinan adalah penting.

Selain itu, terdapat punca lain seperti gangguan daripada mertua, penolakan untuk berkahwin dua/bermadu, masalah kewangan, dan sebagainya.

Kebanyakan pasangan yang menghadapi konflik ini adalah pasangan muda yang berkahwin antara lima hingga sepuluh tahun.

Adakah Kewangan Antara Punca Penceraian?

adakah kewangan adalah punca penceraian

Menurut kajian, 20-40% daripada semua perceraian disebabkan masalah kewangan. Ini bermakna bahawa daripada setiap 10 perkahwinan yang berakhir dengan perceraian, 4 daripadanya adalah disebabkan oleh faktor kewangan.

Masalah kewangan dalam perkahwinan boleh mencakupi pelbagai isu, termasuk ketidaksefahaman mengenai pengurusan kewangan, hutang, perbelanjaan berlebihan, dan kekurangan komunikasi mengenai matlamat kewangan bersama.

Oleh itu, untuk menjawab kembali soalan di atas tadi "penting ke perbincangan kewangan sebelum berkahwin ni?"— Ya, penting!

Antara Perbincangan Kewangan yang Perlu Dilakukan Bersama Pasangan

kenapa penting perbincangan kewangan sebelum kahwin

1. Bajet BersamaBincangkan tentang bagaimana menguruskan pendapatan bersama dan perbelanjaan. Ini termasuklah penyusunan bajet bulanan, pembahagian bil, dan perancangan untuk perbelanjaan besar.

2. Simpanan dan PelaburanRancang bagaimana untuk menyimpan atau melabur untuk masa depan, termasuklah simpanan kecemasan, pendidikan anak-anak, persaraan, atau pelaburan hartanah.

3. HutangUruskan hutang sedia ada, seperti pinjaman pelajaran, pinjaman kereta, atau kad kredit. Bincangkan strategi untuk melunaskan hutang dan mengelakkan hutang baru.

4. Matlamat Kewangan Jangka PanjangTetapkan matlamat bersama seperti membeli rumah, melancong, atau bersara awal. Ini termasuklah perbincangan tentang keperluan dan keinginan, serta cara-cara untuk mencapai matlamat tersebut.

5.Pengurusan Akaun BankPutuskan sama ada mempunyai akaun bersama atau kekal dengan akaun berasingan, serta mengatur cara akses kepada dana dalam situasi kecemasan.

6. Komitmen atau TanggunganPenting untuk membincangkan dan memahami segala komitmen serta tanggungan yang sedang dihadapi. Termasuk tanggungan keluarga dan kewajipan-kewajipan lain yang mungkin mempengaruhi kehidupan bersama anda.

7. Warisan dan Perancangan HartaPerbincangan tentang cara mengatur harta jika salah satu daripada pasangan meninggal dunia atau jika berlaku perceraian, termasuk wasiat dan amanah.

8.Perbezaan dalam Tabiat PerbelanjaanMemahami dan menghormati perbezaan dalam gaya perbelanjaan antara satu sama lain, dan bekerja untuk mencari titik tengah yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak.

Jadi, Apakah Antara Solusi Kewangan Yang Boleh Dilakukan Bersama Pasangan?

solusi kewangan bersama pasangan

1.Komunikasi TerbukaBerbincang secara terbuka dengan pasangan mengenai kewangan, merangkumi matlamat pelaburan bersama, pengurusan perbelanjaan, dan tanggungan hutang. Pastikan pasangan memahami keperluan dan kehendak masing-masing.

2.Bajet KeluargaBuat bajet keluarga yang mengandungi semua perbelanjaan bulanan dan pendapatan. Ini adalah kunci untuk mengatur perbelanjaan secara efektif dan memastikan kecukupan dana bagi keperluan harian serta pencapaian matlamat finansial jangka panjang anda.

3. Simpanan BersamaBuka akaun simpanan bersama untuk tujuan tertentu, seperti membeli rumah atau melancong.

Simpanan bersama memudahkan pengurusan kewangan dan memastikan komitmen bersama.

4. PelaburanPelaburan yang bijak boleh membantu meningkatkan kewangan seperti saham, unit amanah, atau hartanah boleh memberikan pulangan yang baik. Pastikan anda memahami risiko dan memilih pelaburan yang sesuai dengan profil risiko anda.

5. Perlindungan InsuransDapatkan perlindungan insurans kesihatan dan hayat. Insurans membantu melindungi diri dan keluarga daripada risiko kewangan akibat penyakit atau kematian.

6. Kurangkan HutangJika ada hutang, cuba selesaikan dengan berdisiplin. Elakkan daripada menambah hutangbaru jika tidak perlu.

Setiap perkahwinan memiliki keunikannya tersendiri, dan pendekatan kewangan yang sesuai mungkin berbeza bagi setiap pasangan.

Apa yang penting ialah komitmen untuk bekerjasama dan saling memahami adalah kunci untuk keharmonian kewangan dalam perkahwinan.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Kenapa penting berbincang soal kewangan sebelum kahwin?

Kerana kewangan adalah antara punca utama konflik rumah tangga. Perbincangan awal membantu pasangan saling memahami komitmen, matlamat, dan gaya pengurusan wang masing-masing.

2. Apa topik kewangan yang wajib dibincangkan?

Antaranya: gaji dan sumber pendapatan, hutang sedia ada (PTPTN, kereta, kad kredit), simpanan, perancangan beli rumah, dan bajet bulanan selepas berkahwin.

3. Bagaimana jika pasangan mempunyai pandangan berbeza tentang cara urus duit?

Bincang secara terbuka, cuba capai titik tengah, dan jika perlu, tetapkan peraturan seperti akaun bersama untuk keperluan rumah serta akaun berasingan untuk perbelanjaan peribadi.

4. Adakah isu kewangan benar-benar boleh membawa kepada perceraian?

Ya, data menunjukkan masalah kewangan antara punca tertinggi perceraian di Malaysia kerana ia sering mencetuskan pertengkaran dan ketidakstabilan dalam rumah tangga.

5. Adakah kami patut menggabungkan semua wang dalam satu akaun bersama (joint account) selepas berkahwin?

Tidak wajib. Ramai pasangan moden guna model “akaun saya, akaun awak, dan akaun kita”. Akaun peribadi kekal untuk kebebasan, manakala akaun bersama dikhaskan untuk belanja rumah dan simpanan. Apa-apa pun, perbincangan berdua adalah lebih baik.

6. Jika pasangan saya mempunyai hutang yang banyak, adakah hutang itu akan menjadi tanggungjawab saya secara automatik selepas berkahwin?

Tidak. Hutang sebelum kahwin kekal milik individu tersebut. Namun, ia tetap menjejaskan kewangan keluarga kerana sebahagian pendapatan bulanan terpaksa digunakan untuk bayaran hutang.

7. Macam mana jika salah seorang daripada kami seorang 'penyimpan' dan seorang lagi 'pemboros'?

Normal berlaku. Solusinya ialah kompromi: tetapkan bajet bulanan yang seimbang, asingkan bahagian untuk simpanan, dan sediakan sedikit “wang poket” bebas untuk setiap pasangan.

Ingin meraih keuntungan besar? Mulakan perjalanan anda dalam industri hartanah hari ini dan ketahui rahsia menjadi pelabur hartanah yang berjaya dengan bantuan dari pakar kami.

Baca Selanjutnya:

  1. Lihat Bagaimana 4 Individu Ini Beli Rumah Pertama Mereka di Usia 20-an!
  2. 5 Cara Berunding Dengan Owner Rumah Sebelum Anda Beli Rumah
  3. Cara Permohonan Bantuan Rumah PPRT & Semak Syarat Kelayakkan 2024

Bersedia untuk Mencari Hartanah Sempurna Anda?

IQI Global memahami pasaran hartanah dengan mendalam. Kami bukan sekadar ejen — kami adalah pemandu yang membantu anda memahami potensi pelaburan, manfaat gaya hidup, dan nilai jangka panjang.

Pilih lokasi anda

Dapatkan Maklumat Eksklusif

Langgan e-mel kami untuk mengetahui tentang pandangan pasaran terkini, berita dan trend hartanah.

Kongsi blog

Langgan surat berita kami

Langgan e-mel kami untuk mengetahui tentang pandangan pasaran terkini, berita dan trend hartanah.