Senarai Pelepasan Cukai 2025 Untuk e-Filing 2026

15/01/2026
5 min baca

Versi: CN, EN

TL;DR: Untuk e-Filing 2026 (Tahun Taksiran 2025), terdapat sekitar 21 pelepasan cukai utama yang boleh dituntut oleh individu di Malaysia. Fahami setiap kategori pelepasan dan tarikh penting e-Filing supaya anda tidak terlepas peluang mengurangkan cukai secara sah.

Setiap tahun, ramai pembayar cukai terlepas peluang untuk kurangkan cukai secara sah hanya kerana tidak tahu apa yang boleh dituntut.

Untuk e-Filing tahun 2026, LHDN telah mengekalkan dan menambah baik beberapa pelepasan cukai penting bagi Tahun Taksiran 2025.

Artikel ini menghimpunkan senarai penuh pelepasan cukai terkini, disusun mengikut kategori supaya lebih mudah dirujuk ketika mengisi borang e-Filing nanti.

Semak Pelepasan Cukai 2025 Sebelum e-Filing 2026

1. Apa Itu Pelepasan Cukai Pendapatan?

Pelepasan cukai ialah perbelanjaan tertentu yang dibenarkan oleh LHDN untuk ditolak daripada pendapatan bercukai anda.

Lebih banyak pelepasan yang layak dituntut, lebih rendah cukai yang perlu dibayar.

Semua pelepasan di bawah adalah tertakluk kepada syarat dan bukti perbelanjaan seperti resit atau penyata rasmi.

2. Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan

Jom lihat senarai lengkap pelepasan cukai yang boleh anda tuntut tahun ini dan maksimakan penjimatan anda:

Jenis Bantuan

Jumlah

1. Pelepasan Individu & Tanggungan

Individu dan saudara tanggungan*Ini adalah pelepasan asas yang automatik untuk setiap pembayar cukai individu.

RM9,000 

Pasangan (suami atau isteri)*Jika pasangan tidak bekerja atau tiada pendapatan bercukai.

RM4,000

2. Pelepasan Perubatan, Kesihatan & OKU

Perbelanjaan perubatan penyakit serius*Termasuk rawatan penyakit serius, rawatan kesuburan, dan pemeriksaan kesihatan tertentu.

RM10,000 

Pemeriksaan kesihatan penuh*Untuk pemeriksaan kesihatan menyeluruh termasuk ujian mental dan saringan kesihatan.

RM1,000 

Peralatan sokongan OKU*Untuk diri sendiri, pasangan, anak atau ibu bapa yang berdaftar OKU.

RM6,000 

Individu OKU*Jika pembayar cukai berstatus OKU berdaftar.

RM6,000 

3. Pelepasan Pendidikan & Pembangunan Diri

Yuran pengajian sendiri*Meliputi pengajian di peringkat diploma, ijazah, sarjana dan profesional yang diiktiraf.

RM7,000 

Kursus peningkatan kemahiran*Termasuk kursus berkaitan kemahiran digital, keusahawanan dan pembangunan diri.

RM2,000 

4. Pelepasan Anak & Keluarga

Anak bawah 18 tahun

RM2,000 bagi setiap anak

Anak berumur 18 tahun ke atas (masih belajar)*bergantung tahap pendidikan

RM2,000 hingga RM8,000 

Anak OKU*Tambahan RM8,000 jika anak OKU melanjutkan pelajaran di IPT.

RM6,000 

Yuran penjagaan anak*Untuk taska, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah.

RM3,000

5. Pelepasan Insurans, Takaful & Simpanan

Insurans hayat dan Takaful*Meliputi polisi diri sendiri, pasangan dan anak.

RM3,000 

Insurans perubatan*Termasuk pelan perubatan individu dan keluarga.

RM3,000 

Caruman KWSP

RM4,000

6. Pelepasan Gaya Hidup

Gaya hidup (buku, peranti elektronik, internet)*Termasuk pembelian telefon pintar, komputer, tablet, buku, langganan internet dan e-pembelajaran.

RM2,000

Peralatan sukan & aktiviti fizikal*Termasuk yuran gim, peralatan sukan dan aktiviti kecergasan.

RM1,000

Pelepasan gaya hidup lestari*Meliputi peralatan pengecas EV di rumah dan peralatan mesra alam yang diluluskan.

RM2,500

7. Pelepasan Pelancongan Domestik

Perbelanjaan pelancongan dalam MalaysiaTermasuk: - Bayaran masuk tempat pelancongan- Muzium- Taman tema- Tarikan pelancongan persendirian berlesenPelepasan ini diperkenalkan semula untuk Tahun Taksiran 2025.

RM1,000 

8. Pelepasan Ibu Bapa

Perbelanjaan Perubatan untuk Ibu Bapa

RM8,000 

Perbelanjaan penjagaan ibu bapa*Tertakluk kepada syarat pendapatan ibu bapa dan bukti perbelanjaan.

RM3,000

3. Tarikh Penting e-Filing 2026 (Tahun Taksiran 2025)

Untuk e-Filing tahun 2026, pembayar cukai perlu memfailkan pendapatan bagi Tahun Taksiran 2025 melalui sistem MyTax yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Berikut ialah tarikh penting yang perlu diberi perhatian:

i) Tarikh mula e-Filing: 1 Mac 2026

ii) Tarikh akhir Borang BE: 30 April 2026 (Untuk individu yang tiada perniagaan atau bekerja makan gaji).

iii) Tarikh akhir Borang B: 30 Jun 2026 (Untuk individu yang mempunyai perniagaan, bekerja sendiri atau freelancer).

iv) Tarikh akhir Borang EA daripada majikan: 28 Februari 2026 (Majikan wajib menyediakan Borang EA kepada pekerja sebelum e-Filing dibuka).

Walaupun e-Filing biasanya dibenarkan beberapa minggu selepas tarikh akhir rasmi, pembayar cukai disarankan memfailkan sebelum tarikh asal bagi mengelakkan penalti, kelewatan bayaran atau isu teknikal pada saat akhir.

4. Tips Penting Sebelum Buat e-Filing

Ramai pembayar cukai bukan tersilap kira, tetapi tersilap faham ketika mengisi e-Filing. Berikut beberapa tips penting untuk elakkan kesilapan biasa:

1. Faham beza pelepasan dan rebat cukaiPelepasan menolak pendapatan bercukai, manakala rebat menolak terus jumlah cukai perlu dibayar. Jangan keliru antara kedua-duanya.

2. Jangan tuntut tanpa buktiSetiap pelepasan perlu disokong dengan resit, invois atau penyata rasmi. Simpan semua dokumen sekurang-kurangnya 7 tahun seperti yang disarankan LHDN.

3. Jangan gandakan tuntutan dalam kategori samaContohnya, pembelian telefon, komputer dan internet semuanya berada di bawah satu pelepasan gaya hidup dengan had tertentu. Jumlah tuntutan tidak boleh melebihi had maksimum.

4. Pastikan kategori borang betulJika anda ada pendapatan sampingan seperti komisen, freelance atau perniagaan kecil, jangan tersilap guna Borang BE. Kesilapan ini antara punca audit cukai.

5. Semak semula sebelum hantarAmbil masa untuk semak semula setiap ruangan, terutamanya jumlah pelepasan dan pendapatan. Kesilapan kecil boleh menyebabkan cukai tambahan atau penalti.

6. Fail awal untuk elak masalah teknikalSetiap tahun, sistem MyTax akan sesak hampir dengan tarikh akhir. Memfailkan awal lebih selamat dan kurang stres.

Mahu kurangkan cukai secara sah dan berkesan? Pastikan anda tidak terlepas semua pelepasan cukai yang layak dituntut semasa e-Filing 2026.

Dengan memahami dan menggunakan insentif cukai yang disediakan kerajaan, anda bukan sahaja dapat mengurangkan bayaran cukai, malah merancang kewangan dengan lebih bijak setiap tahun.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Berapa jumlah pelepasan cukai yang boleh dituntut untuk e-Filing 2026?

Untuk Tahun Taksiran 2025, terdapat sekitar 21 kategori pelepasan cukai utama yang dibenarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Setiap kategori mungkin merangkumi beberapa jenis perbelanjaan, tetapi tertakluk kepada had maksimum yang ditetapkan.

2. Apakah tarikh akhir pemfailan cukai pendapatan untuk individu pada tahun 2026?

Tarikh akhir bergantung kepada jenis borang. Borang BE perlu difailkan sebelum 30 April 2026, manakala Borang B untuk individu yang mempunyai perniagaan atau bekerja sendiri perlu dihantar sebelum 30 Jun 2026.

3. Adakah saya masih boleh menuntut pelepasan cukai jika resit hilang?

Secara umum, tidak digalakkan kerana setiap tuntutan perlu disokong dengan bukti. Jika diaudit dan anda gagal mengemukakan dokumen, tuntutan tersebut boleh ditolak dan cukai tambahan mungkin dikenakan.

4. Apa yang berlaku jika saya tersalah tuntut pelepasan cukai semasa e-Filing?

Jika kesilapan dikesan, LHDN boleh membuat taksiran tambahan atau meminta pembetulan. Dalam kes tertentu, penalti juga boleh dikenakan, bergantung kepada jenis dan tahap kesalahan.

5. Bolehkah suami dan isteri menuntut pelepasan yang sama dalam satu tahun taksiran?

Tidak. Pelepasan yang sama tidak boleh dituntut dua kali. Pasangan perlu berbincang dan tentukan siapa yang layak menuntut sesuatu perbelanjaan bagi mengelakkan pertindihan tuntutan.

6. Perlu ke buat e-Filing jika pendapatan saya tidak dikenakan cukai?

Ya, dalam kebanyakan kes pemfailan masih diperlukan jika anda layak memfailkan cukai. Ini penting untuk rekod, pengesahan pendapatan, dan rujukan LHDN pada masa hadapan.

Masih mencari agensi hartanah yang mampu membimbing anda sehingga berjaya? IQI Global lah jawapannya, sertai kami hari ini!

[custom_blog_recruit_form]

Baca Selanjutnya:

  1. 6 Cukai Hartanah di Malaysia untuk Pembeli Rumah
  2. Cukai Pendapatan Sewa: Tips dan Panduan buat Pemilik Hartanah
  3. Cukai Taksiran Selangor vs Cukai Harga Tanah: Panduan Lengkap Mengenai Kewajipan dan Implikasi

Bersedia untuk Mencari Hartanah Sempurna Anda?

IQI Global memahami pasaran hartanah dengan mendalam. Kami bukan sekadar ejen — kami adalah pemandu yang membantu anda memahami potensi pelaburan, manfaat gaya hidup, dan nilai jangka panjang.

Pilih lokasi anda

Dapatkan Maklumat Eksklusif

Langgan e-mel kami untuk mengetahui tentang pandangan pasaran terkini, berita dan trend hartanah.

Kongsi blog

Langgan surat berita kami

Langgan e-mel kami untuk mengetahui tentang pandangan pasaran terkini, berita dan trend hartanah.