Pusat Beli Belah Mewah di KL: The Exchange TRX Kini Dibuka!

Versi: ENG, CHN
The Exchange TRX kini dibuka! Pusat beli belah yang memiliki keluasan sebesar 1.3 juta kaki persegi dan boleh menampung kira-kira lebih dari 400 buah kedai ini, akhirnya telah dibuka secara rasmi pada 29 November 2023 lalu!
Banyak desas desus yang mengatakan bahawa pusat beli belah The Exchange TRX ini akan menjadi pusat beli belah yang lain dari yang lain, hmmm menarik bukan? Apa yang lain tu?
Nak tahu apa yang lain? Jom semak bersama!
Tempat menarik yang terdapat hanya di The Exchange TRX:1. Taman Rooftop Terbesar di Malaysia2. Gentle Monster3. Seibu4. Maison Kitsuné & Café Kitsuné5. Heytea6. Mil Toast House7. Shake Shack8. Apple Store |
1. Taman Rooftop Terbesar di Malaysia!

Ya benar! Buat pertama kalinya di Malaysia, The Exchange TRX telah bawakan tempat riadah sebesar 10 ekar untuk anda kunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan.
Taman di atas rooftop ini sangat unik kerana bukan hanya sekadar taman, malah ia juga merupakan tempat bersosial, beriadah, bersukan dan banyak lagi yang boleh dilakukan di sana.
Tanah nya yang lapang dengan kehijauan, ia dijadikan sebagai tempat kawasan permainan kanak-kanak dan mempunyai water feature yang sangat cantik dan indah.
2. Gentle Monster

Jika anda adalah peminat kumpulan Korea Blackpink dan juga pengikut fashion, jenama cermin mata mewah ini pasti tidak asing lagi bagi anda. Ya betul, Gentle Monster!
Ini merupakan butik pertama mereka di Malaysia dan ianya terdapat di The Exchange TRX, jadi tak perlulah lagi anda terbang ke Korea semata untuk membeli produk ini kan?
Bukan sahaja keunikan cermin mata mereka, kedai ini juga terkenal kerana hiasan dalaman mereka yang eksotik yang selalu menjadi sorotan pengunjung untuk masuk dan bergambar di dalam.
3. Seibu
Kedai serbaneka yang berpangkalan di Jepun, Seibu ini telah membuka gedung serbaneka mewah mereka yang pertama dan terbesar di Malaysia!
Gedung serbaneka itu terdiri daripada empat tingkat dan menempatkan lebih 700 jenama mewah, tempatan dan antarabangsa termasuk jenama terkenal seperti Chanel, Dior, Mulberry dan Hermes, dan lain-lain.
@fishmeatdie Let’s explore Seibu at The Exchange TRX! 👀🛍️ #trx #theexchange #theexchangetrx #trxexchange106malaysia #trxmalaysia #theexchangemall #trxmall #tunrazak #seibu #seibumalaysia #nicheperfumes #jacquemusmalaysia #fredjewelrymalaysia #marcjacobsmy #fjbenjamin #themeliumgroup #club21malaysia #suprememalaysia #attichouse #venchimalaysia #rizmanruzaini #aliabastamam #parfumsdemarly #fyp #fypmalaysia #shoppingtok #theklccboy #kualalumpur ♬ fashion show(256764) - TimTaj
Kedai itu juga akan menampilkan kawasan khusus, seperti Dewan Kecantikan, yang terbesar di Malaysia yang mengandungi 116 jenama kosmetik, dan Salun Kasut yang mengandungi 20 jenama kasut global, seperti Giuseppe Zanotti, Rupert Sanderson, Sergio Rossi, dan banyak lagi.
4. Maison Kitsuné & Café Kitsuné
View this post on Instagram
A post shared by The Exchange TRX (@theexchangetrx)
Korea ada, Jepun ada dan bukan itu saja! Jenama dari French-Japanese iaitu Maison Kitsuné & Café Kitsuné juga terdapat di sini.
Maison Kitsuné adalah jenama fesyen yang ditubuhkan pada tahun 2002 oleh Gildas Loaëc dan Masaya Kuroki.
Jenama ini menawarkan gabungan Art de Vivre yang unik dan inspiratif dengan menggabungkan jenama fesyen (Maison Kitsuné), label muzik (Kitsuné Musique) dan kafe, roastery, bar dan restoran (Café Kitsuné).
Café Kitsuné yang terdapat di The Exchange TRX ini adalah cawangan ke-28 yang diiktiraf dan menawarkan suasana Paris-Tokyo yang unik.
5. Heytea
View this post on Instagram
A post shared by HEYTEA Malaysia (@heytea_my)
Ya, HEYTEA juga terdapat di The Exchange TRX! HEYTEA adalah jenama teh asal China yang terkenal dengan minuman Cheese Tea mereka. Ini merupakan kedai pertama mereka di Malaysia dan akan dibuka pada 1 Disember 2023.
Kedai ini menawarkan minuman teh baru generasi yang dibuat daripada bahan-bahan asli seperti buah-buahan segar, daun teh asli dan susu premium.
Beberapa pilihan minuman yang ditawarkan termasuk “Seasonal Inspirations”, “Refreshing Real Fruit Teas”, “REAL Dairy Milk Teas” dan “Refreshing Finest Teas”.
Harga minuman di kedai HEYTEA bermula dari RM9.90 hingga RM17.90 per cawan (selepas cukai).
6. Mil Toast House
View this post on Instagram
A post shared by 밀토스트집 (@miltoasthousemalaysia)
Mil Toast House adalah salah satu kedai makan yang menarik di The Exchange TRX. Kedai ini pertama kali dibuka di Ikseon-dong, Seoul pada tahun 2018 dan kini telah membuka cawangan pertamanya di Malaysia!
Mil Toast House menawarkan gabungan pesona Hanok yang tradisional dengan sentuhan moden. Beberapa hidangan yang disajikan di sini termasuklah Brioche yang dihidangkan dengan menggunakan bekas buluh dan kopi titik yang dibuat dengan biji kopi yang dieksklusifkan dari Korea.
7. Shake Shack
View this post on Instagram
A post shared by Shake Shack Malaysia (@shakeshackmy)
Shake Shack juga terdapat di The Exchange TRX. Shake Shack adalah jenama burger antarabangsa yang terkenal dengan juiciness dan keunikan burger mereka.
Kedai Shake Shack di The Exchange TRX ini merupakan kedai pertama mereka di Malaysia! Shake Shack menawarkan pelbagai jenis burger seperti ShackBurger, SmokeShack, dan Chick’n Shack. Selain burger, Shake Shack juga menawarkan hot dog, crinkle-cut fries, milkshake, dan concretes.
8. Apple Store
Nak tahu tak apa perkara yang lagi gempak tentang The Exchange TRX ni?Apple Store pertama di Malaysia akan dibuka di The Exchange TRX!
@ashukkama 📍THE TRX SHOPPING MALL Katanya ni la Apple Store yang pertama di Malaysia dan yang ke 3 di Asia tenggara selepas Singapore and Thailand. Bakal beeroperasi pada Feb 2024. Ini berada di rooftop TRX. Bawah tu ada 3 level lg katanya. #kualalumpurmalaysia #trxcitypark #theraintreeplazatrx #seibutrx #mrttunrazakexchange #rooftopparktrx #tunrazakexchange #tunrazakcity #applestoremalaysia ♬ Strangers - Kenya Grace
Menurut laporan, Apple Store ini akan berada di atas bumbung dan berbentuk seperti tudung saji berwarna putih.
Lokasi Apple Store di The Exchange TRX adalah di TRX City Park, taman atas bumbung seluas 10 ekar yang menawarkan pelbagai peranan untuk dimanfaat pengunjung termasuk ruang makan, kawasan rekreasi dan ruang untuk acara.
Taman ini juga akan mempunyai laluan jogging tersendiri dan kawasan untuk bermeditasi.

Ha, sekarang anda faham tak kenapa pusat beli belah The Exchange TRX ni lain dari yang lain?! Hampir kebanyakan kedai-kedai yang terdapat di sini merupakan cawangan pertama mereka di Malaysia!
Belum sampai 1 tahun usia lagi tapi pusat beli belah The Exchange TRX ini telah mendapat pengiktirafan. The Exchange TRX merupakan pusat beli-belah pertama di Malaysia yang mencapai Pensijilan Emas LEED, sebagai tanda komitmennya ke arah kemampanan.
Menakjubkan bukan? dan bukan itu saja! Terdapat banyak acara yang diadakan di The Exchange TRX setiap bulan, seperti baucer hadiah, barangan penebusan perayaan edisi terhad (buat pemegang kad kredit tertentu), aktiviti menarik pada hujung minggu dan banyak lagi!
View this post on Instagram
A post shared by The Exchange TRX (@theexchangetrx)
Dan sempena tahun baru yang akan tiba ini, The Exchange TRX juga tidak lepaskan peluang dengan mengadakan "Countdown Party" pada tahun baru nanti.
Dan senarai tetamu yang bakal ada di sana nanti juga cukup terkenal iaitu artis K-Pop, B.I sebagai jemputan utama dan banyak lagi artis-artis yang cukup terkenal.
Untuk tidak terlepas peluang dan juga info-info menarik tentang aktiviti yang bakal diadakan di The Exchange TRX, jangan lupa follow sosial media mereka di Facebook, Instagram dan mereka juga mempunyai laman web rasmi tersendiri.
Jika anda berminat dengan hartanah berhampiran The Exchange TRX, sila isi borang di bawah. IQI siap sedia membantu anda dalam mencari hartanah yang paling sesuai untuk pelaburan anda!
[hubspot type=form portal=5699703 id=c063034a-f66d-41ab-881b-6e6a3f275c33]
Bersedia untuk Mencari Hartanah Sempurna Anda?
IQI Global memahami pasaran hartanah dengan mendalam. Kami bukan sekadar ejen — kami adalah pemandu yang membantu anda memahami potensi pelaburan, manfaat gaya hidup, dan nilai jangka panjang.
Dapatkan Maklumat Eksklusif
Langgan e-mel kami untuk mengetahui tentang pandangan pasaran terkini, berita dan trend hartanah.
Bersedia untuk Mencari Hartanah Sempurna Anda?
IQI Global memahami pasaran hartanah dengan mendalam. Kami bukan sekadar ejen — kami adalah pemandu yang membantu anda memahami potensi pelaburan, manfaat gaya hidup, dan nilai jangka panjang.



